Cover image via
@aliaa_armani (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Lebih-lebih lagi bab percintaan, memang akan strict habis demi mahu menjaga kita dan fokus pada sesuatu yang penting terlebih dulu.
Tetapi, tidaklah semua berperangai begitu kerana masih ada yang sporting dengan anak mereka dan cuba memahami kehendak anak-anak.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis berkongsi pengalaman ayahnya yang garang menerima teman lelakinya untuk berkahwin telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, seorang gadis berkongsi kisah sewaktu dia pertama kali membawa teman lelakinya itu berkenalan dengan ayahnya.
Difahamkan, ayahnya itu adalah seorang yang garang dan strict orangnya. Namun, dia tidak menyangka selepas saja dia membawa teman lelakinya itu berkenalan, ayahnya itu memberikan green light dan bersetuju untuk membenarkan dia berkahwin dengan lelaki itu.
Dia sendiri perkara itu diterima baik oleh ayahnya dan siap menyuruh dia mempercepatkan pernikahannya nanti.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah di atas pertunangannya itu. Malah, ramai juga yang menyifatkan wajahnya ada iras seperti penyanyi dan pelakon Ayda Jebat.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 390.4K views, 24.8K likes dan 325 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: