Cover image via
@en_goldmaster3185 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Lirik lagu-lagu yang mendalam dan sangat relatable itu membuatkan kita ingat sehingga sekarang. Kadangkala syok mendengar dan melayan perasaan sehingga kita jadi ikut menyanyi sekali.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila terdapat dua orang aunty Cina syok menyanyi diiringi dengan alunan piano telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang bermain piano tentang lagu Melayu di sebuah mall.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila terdapat dua orang aunty Cina menyanyi dengan bersungguh-sungguh. Mereka dilihat sangat hafal lirik sambil menyanyi dengan penuh perasaan.
Susulan tularnya video yang kini meraih sehingga 288K tontonan, 31K tanda suka dan 900 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terpegun dan kagum dengan dua orang aunty Cina itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: