HomeNEWSSiti Zubaidah CEO PKNS baharu

Siti Zubaidah CEO PKNS baharu

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengumumkan pelantikan Siti Zubaidah Abd Jabar sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya, berkuat kuasa 2 Disember 2020, mengambil alih jawatan daripada Mohd Azizi Mohd Zain yang tamat tempoh perkhidmatannya hari ini.

Siti Zubaidah Abd Jabar.

PKNS dalam kenyataan hari ini berkata, sebelum pelantikan tersebut Siti Zubaidah yang berkhidmat selama 32 tahun di perbadanan tersebut merupakan ketua pegawai operasinya.

“Sebelum ini beliau telah berkhidmat merentasi pelbagai bahagian di PKNS dan memegang jawatan sebagai ketua pegawai korporat PKNS pada 2017 selain bertanggungjawab merancang dan melaksana Pelan Strategik 10 tahun PKNS 2020-2030 di samping menjadi nadi penggerak utama dalam Pelan Halatuju Jangka Pendek dan Jangka Panjang PKNS sejak 20 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkelulusan sarjana muda sastera daripada Universiti Malaya dan merupakan pemegang Certified International Professional Manager, The International Professional Managers Association United Kingdom.

Must Read

Related News