“Simple & Cantik” – Pengantin Perempuan Ini Dedah Kos Kahwin Hanya Gunakan RM2,000

0
288
Cover image via @najlaanati1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ada yang sanggup berhabis sehingga berpuluh ribu, tetapi ada juga pasangan yang tidak kisah untuk memilih cara sederhana termasuklah dari segi busana raja sehari.

Sama seperti sepasang pengantin baru ini, apabila mereka hanya memakai busana serba hitam saja di hari istimewa mereka.

Lihat video penuh itu di bawah:

@najlaanati1

Pengantin perempuan mengidam lama dah nak main aktiviti lasak

Oh No – Kreepa

Menerusi perkongsian video daripada @najlaanati1, kelihatan dia dan suaminya sempat membuat rakaman pendek di hari perkahwinan mereka di sebuah taman permainan.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila wanita itu yang memakai baju songket serba hitam dilihat selamba bermain aktiviti lasak di taman itu sambil memakai heels.

Menurut sumber, perkahwinan mereka hanya melibatkan kos sebanyak RM2,000 saja. Namun, wanita itu tetap bersyukur kerana dia juga masih menuntut ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 330.8K tontonan, 11.8K tanda suka dan 35 perkongsian di laman TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: