“Siap Tidur Luar” – Mak Rakam Gelagat Anak Main Depan Rumah Sambil Tackle Jiran Sebelah

0
312
Cover image via
@iamsitizulaiha (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semakin mereka meningkat umur, mereka akan lebih cenderung untuk membuat pelbagai perkara yang kita tidak jangka.

Seperti sebuah video ini yang memaparkan gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang cuba mengurat jiran sebelahnya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dikongsi oleh @iamsitizulaiha, kelihatan wanita itu merakam gelagat anak lelakinya yang selalu bermain di luar rumah.

Apabila ditinjau, rupa-rupanya si anak teruna sudah berkenalan dengan anak jiran sebelah mereka. Pelbagai telatah kanak-kanak lelaki itu yang dirakam seperti cuba mengurat, berjoget dan siap tidur di luar rumah.

Perkara itu telah mencuit hati si ibu dan membuatkan dia menunjukkan perbezaan dari mula-mula anaknya berkenalan dengan jiran sebelah sehinggalah sebulan perkenalan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 808.1K views, 65.1K likes dan 2.2K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu dan jirannya. Malah, mereka siap mengusik kononnya si ibu tak perlu carikan jodoh untuk anak kerana sudah ada depan mata.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: