HomeEntertainment"Siap Tanya Nama" - Gadis Ini Takut Akibat Diekori Lelaki Tak Dikenali...

“Siap Tanya Nama” – Gadis Ini Takut Akibat Diekori Lelaki Tak Dikenali Semasa Berbasikal

Cover image via
@psychomoonchildbuddy (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Iyalah, masyarakat kita sudah semakin cakna dalam hal pengamalan gaya hidup sihat. Ramai yang mula untuk berjogging, berbasikal tidak kira waktu siang atau malam.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok lalu mendapat perhatian oleh warga Twitter tentang seorang gadis telah diekori lelaki tidak dikenali semasa berbasikal telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video itu, kelihatan seorang gadis sedang melakukan aktiviti berbasikal waktu malam di kawasan perumahannya.

Gadis itu juga menceritakan kisah sebenar di halaman TikToknya. Pada awalnya, gadis itu dilihat sedang berbasikal di kawasan rumahnya selepas balik daripada kerja. Apa yang lebih mengejutkan adalah, dia perasan sesuatu yang tidak kena.

Dia kemudian menoleh ke belakang dan perasan bahawa terdapat seorang lelaki menaiki motosikal mengikutinya. Dia dengan laju pusing ke kawasan lain, namun masih diekori oleh lelaki tersebut.

Lelaki itu dilihat mengekorinya sehingga berhenti di sebelahnya, sifat berani gadis ini terus merekod kejadian itu dan bertanyakan apa sebab lelaki itu mengikutinya.

Lelaki itu siap bertanyakan nama, tempat tinggal dan meminta nombornya. Dia juga dilihat menipu bahawa dia merupakan peronda kawasan.

Tanpa berfikir panjang, gadis itu dilihat menjerit ke arah seorang uncle dan meminta tolong.

Lihat video penuh kejadian itu di bawah:

@psychomoonchildbuddy

Reply to @nafis_220 Bukan peronda keselamatan cuma peronda keselamatpet

original sound – psychomoonchildbuddy – psychomoonchildbuddy

@psychomoonchildbuddy

Reply to @hafizz_ariff Salute uncle tu sorg je berani approach. Dah the end takde part lain parttart ada

original sound – psychomoonchildbuddy – psychomoonchildbuddy

Ramai yang meninggalkan komen yang positif dan memuji keberanian gadis itu. Namun, perkara ini telah menimbulkan ketakutan kepada orang ramai kerana bahayanya diekori orang yang tidak dikenali.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Twitter:

You may be interested in:

Must Read

Related News