Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sedar tidak sedar, kita sudah berada di penghujung tahun 2021. Tidak lama lagi, kita akan membuka tirai untuk tahun 2022
Boleh dikatakan tahun 2021 merupakan tahun yang sangat mencabar bagi semua orang terutamanya di Malaysia. Bukan saja ditimpa pandemik Covid-19, malah negara kita juga dilanda banjir kilat baru-baru ini.
Namun, disebalik dugaan yang berlaku sepanjang tahun 2021, masih ada peristiwa yang boleh membuatkan kita tersenyum bukan? Antaranya adalah dengan melihat telatah comel si kecil yang menggeramkan.
Jom lihat antara cerita mengenai aksi kanak-kanak yang mencuit hati sepanjang tahun 2021 ini.
1. “Muka Tak Puas Hati” – Adik Ini Beri Pandangan Maut Kepada Jururawat Undang Dekah Netizen
Image via @n4111__ (TikTok)
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang jururawat sedang merakam dia dengan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah tempat.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila adik perempuan itu dilihat memandang jururawat tersebut seperti tidak puas hati. Malah, dia siap tidak berkelip dan membuatkan jururawat itu rasa lucu.
“She’s judging silently, muka dia macam kau pehal” – Netizen
Artikel penuh di sini.
2. “Terperanjat” – Reaksi Lucu Budak Kecil Melatah Tersedar Ikan Di Sekeliling Curi Tumpuan
Image via @normahsalleh815 (TikTok)
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak perempuan bersama ayahnya sedang berada di sungai.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak kecil itu dilihat sangat teruja berdiri di tengah-tengah sungai. Dia kelihatan sedih kerana semua ikan beredar dan berenang ke kawasan lain.
“Alaaa, ikan takda.” katanya.
Kemudian, lebih melucukan lagi apabila dia menjerit ketakutan sebaik saja dia menoleh ke depan dan tersedar banyak ikan di sekelilingnya.
Artikel penuh di sini.
original sound – normahsalleh815 – normahsalleh815
3. [VIDEO] Gelagat Kanak-Kanak Ini Teruja Lihat Baby Dalam Perut Ibu Bergerak Buat Ramai Cair
Image via @justjordynnaround (TikTok)
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang memegang perut ibunya yang sedang hamil untuk merasa gerakan baby tersebut.
Dia kemudian memberikan reaksi terkejut selepas mendapati ada tendangan daripada perut ibunya itu dan memberitahu dia dapat merasakannya.
Apa yang lebih melucukan adalah dia siap menyuruh baby itu untuk meminta maaf kepada ibunya kerana menendang dan membuatkan si ibu sakit. Dia juga diarah untuk menggosok perut itu oleh ibunya. Comel sangat!
Artikel penuh di sini.
Jordy feeling baby moving around in my belly #baby #kicking #preggo #34months #homestretch
4. “Tak Sengaja” – Gelagat Budak Kecil Ini Minta Maaf Sebab Terkencing Buat Ramai Terhibur
Image via @ezzaezurazainalabidineez (TikTok)
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang kanak-kanak kecil yang dikenali sebagai Ika sedang berdiri menghadap ibunya di ruang tamu.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat meminta maaf dengan ikhlas kepada ibunya sebab terkencing semasa tidur di atas tikar. Gelagat dia meminta maaf itu sangat comel dan menggeramkan.
“Ika minta maaf, Ika tak sengaja kencing masa tidur. Minta maaf eh. Minta maaf salam”, katanya.
Artikel penuh di sini.
original sound – Ezzaezura Zainalabid – Ezzaezura Zainalabid
5. “Tak Lepas Pegang Seluar” – Budak Kecil Kejar Uncle Roti Depan Rumah Buat Ramai Terhibur
Image via @hafizahamzah54 (TikTok)
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang berlari ke arah motor yang menjual roti di depan rumahnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia tidak lepas tangan memegang seluarnya itu kerana seluar yang dipakainya itu longgar dan bersaiz besar.
Dengan tidak menghiraukan suasana sekitarnya, dia berlari ke arah uncle roti kemudian berpatah balik ke ibunya sambil memegang seluarnya.
Artikel penuh di sini.
Baru nak jogging, terkejut ke uncle roti singgah beli sat seluaq pun main capai je sapa punya taktau
original sound – Hafiza Hamzah – Hafiza Hamzah
6. “Auto Kejung” – Budak Perempuan Takut Lepas Kantoi Tak Pakai Mask, Tunduk Kaku Jadi Patung
Image via @rcshidahmohd (TikTok)
Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama @rcshidahmohd, kelihatan anak buahnya itu ditahan dan ditegur oleh seorang pegawai keselamatan di sebuah lokasi kerana tidak memakai face mask.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila kanak-kanak itu tertunduk kaku dan hanya mendiamkan diri sepanjang diperhatikan oleh pegawai itu seolah-olah tahu dia bersalah.
Lebih melucukan lagi, dia siap memegang palang besi di belakangnya sambil memandang ke arah lantai kononnya seperti berada di dalam penjara. Gelagatnya itu membuatkan pegawai keselamatan tersebut turut ketawa kecil.
Artikel penuh di sini.
Anak buah tak pakai mask kena tahan #fyp #tiktok #xyzbca
original sound – rcshidahmohd – isteri handzalah
7. [VIDEO] Khusyuk Solat Dengan Abang, Tapi Bacaan Budak Ini Pula Mencuit Hati Netizen
Image via @maliksuhaimi85 (TikTok)
Menerusi video tersebut, kelihatan ketika itu dua orang budak lelaki yang juga adik beradik sedang bersembahyang di rumah mereka.
Kelihatan si ayah sempat merakam gelagat anak kecilnya yang sedang fokus sembahyang bersebelahan abangnya.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah sedang khusyuk dia sembahyang, kedengaran bacaan yang tidak difahami membuatkan si ayah tergelak mendengarnya.
Artikel penuh di sini.
Hai la anakxpe janji belajar yedakkk#fyp #fypdongggggggg
original sound – maliksuhaimi85 – maliksuhaimi85
8. “Dengar Sampai Habis” – Budak Cerita Main Pundi Kencing Di Sekolah, Rupa-Rupanya…
Image via @ms_nia0203 (TikTok)
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak lelaki sedang sakan bercerita tentang hari persekolahan kepada mak ciknya.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia bercerita kepada mak ciknya yang dia bermain ‘pundi kencing’ dengan rakan-rakan di sekolah. Dia dilihat siap menceritakan cara bermain dengan membaling ‘pundi kencing’ itu ke atas.
Ibunya berkali-kali menanyakan sama ada permainan yang disebut itu betul atau tidak. Namun, dia tetap yakin bahawa dia bermain ‘pundi kencing’. Rupa-rupanya permainan yang disebutkan tadi itu ialah pundi kacang.
Artikel penuh di sini.
Bila anak buah kau dah lama takde pendidikan jasmani kt padang #matipang
Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
9. [VIDEO] “Lain Macam” – Budak Kongsi Resepi Air Milo, Tapi Endingnya Pula Jadi Perhatian
Image via @mipanzeze (TikTok)
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang berkongsi resepi air Milo kegemarannya sambil aksinya dirakam oleh ibu.
Apa yang melucukan adalah apabila pada awalnya dia berkata bubuh gula, ‘ayaq’, Milo, ‘ayaq’ dan susu. Namun, endingnya apabila ditanya oleh ibu jadi apa, dia sempat menjawab jadi mee goreng membuatkan ramai tidak tahan gelak.
Artikel penuh di sini.
semua orang boleh try nah resepi ni #tumpanglalufyp
original sound – rose – maksu yad
10. “Ikut Giliran Dik” – Budak Perempuan Menangis Minta Kahwin Bikin Netizen Pecah Perut
Image via @hawaahmad27 (TikTok)
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang bersiap-siap untuk menuju ke suatu tempat yang tidak dikenali.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila seorang budak perempuan dilihat menarik baju ibunya sambil menangis untuk meminta kahwin. Situasi itu membuatkan semua tergelak. Kemudian, dia didukung dan dipujuk ayahnya.
Artikel penuh di sini.
Alahai awak ni maryam. cute sangat lah #fyp #fyp #fypage
original sound – Hawa Ahmad – Hawa Ahmad
Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk membaca artikel daripada Seismik. Semoga kita dipermudahkan segala urusan untuk tahun 2022!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik