Cover image via
@cikfaa_official (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tanya saja kepada sahabat yang ayahnya merupakan seorang askar, mesti strict dan garang. Ketegasan mereka itu memang akan membentuk diri kita menjadi seorang yang sangat berdisiplin. Iyalah, mereka sudah terbiasa dan dilatih untuk menjadi disiplin semasa di kem askar.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang ayah mendenda anaknya untuk roll depan rumah telah menjadi tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ayah sedang mendenda anak perempuannya di depan rumah mereka.
Anak perempuannya dilihat terbaring di atas jalan tar dan melakukan roll badan. Dia didenda akibat bangun lambat daripada tidurnya.
“Anak faa bangun lambat, latihan pagi lambat. Kena denda roll.. Ada yang kena macam anak faa ke?”, katanya.
Dalam video berikutnya juga memaparkan bahawa mereka sekeluarga memang mengamalkan gaya hidup sihat dengan melatih anak-anak untuk bersenam.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 259K tontonan, 18K tanda suka dan 800 komen di TikTok rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: