HomeEntertainmentSepakat Tolong Buang Minyak Diesel Dari Motor, Netizen Pula Kecam Bahayakan Pengguna...

Sepakat Tolong Buang Minyak Diesel Dari Motor, Netizen Pula Kecam Bahayakan Pengguna Lain

Cover image via
@nako.detailing (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ia semua bergantung kepada jenis kenderaan itu sendiri. Minyak petrol ini memang sangat penting untuk kenderaan sebab kalau tidak, tidak dapatlah bergerak sesebuah kereta itu.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda dengan tidak sengaja mengisi minyak diesel ke dalam tangki motornya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nako.detailing Balas kepada @traitor153 tk fyp pon Xpa #HowLowCanYouGoLazada1111 #fyp ckup 3k like nak bagi kt kwn kita ni free coating lampu #nakodetailing bunyi asal – Fikri Wahab

Menerusi video tersebut, difahamkan pada awalnya seorang lelaki ingin mengisi minyak petrol di sebuah stesen minyak.

Namun, dia dengan tidak sengaja terisi minyak diesel di dalam tangki motornya membuatkan dia menyedarinya dan terus meminta bantuan rakan-rakannya.

Rakan-rakannya itu dilihat gigih dan sepakat untuk terbalikkan motor berkenaan untuk membuang minyak diesel tersebut di tepi jalan raya.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen seperti mengecam tindakan mereka kerana membuang minyak di tepi jalan. Malah, ada juga yang memberikan pandangan mereka masing-masing mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 977.8K views, 65K likes dan 1,894 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News