Cover image via
@nadea.fauzi (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kawan-kawanlah yang memeriahkan lagi majlis tersebut kerana kita dapat melihat usaha mereka untuk meraikan kita di hari bahagia.
Akan tetapi, jika lokasi majlis terlalu jauh, mungkin mereka juga mempunyai kekangan masa dan hal masing-masing untuk tidak dapat menghadirkan diri.
Sama juga seperti video ini apabila seorang lelaki menghentak kaki tanda merajuk kerana kawan sepejabatnya tidak dapat datang ke majlis kahwinnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nadea.fauzi, kelihatan dia dan kawan-kawannya memberitahu kepada lelaki itu bahawa mereka tidak janji dapat datang ke majlis kahwinnya di Kelantan.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila reaksi lelaki itu yang merajuk sambil berjalan menghentak kaki berulang kali membuatkan ramai ketawa.
Malah, dia sempat menikmati makanan dan menghadap dinding tanda protes. “Orang nak kahwin diet, dia lagi melantak,” kata kawannya.
Susulan tularnya video tersebut yang telah mendapat 354K views, 26.3K likes dan 382 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi spontan lelaki itu apabila disakat oleh kawan-kawannya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: