@keroltoothicc (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Anda boleh dapatkan segala jenis barangan seperti snek, keperluan dapur dan juga alat tulis, semuanya bermula dengan hanya dua ringgit sahaja. Siapa yang tidak suka bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan keterujaan seorang pelajar yang pertama kali membeli-belah di Mr. Dollar telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dikongsi oleh @keroltoothicc, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki sedang membeli-belah di kedai Mr. Dollar.
Salah seorang daripada mereka kali pertama membeli-belah di kedai tersebut. Namun apa yang melucukan adalah apabila dia tidak dapat menahan keterujaan melihat semua barangan hanya berharga dua ringgit.
“Semua dua ringgit je?” jerit pelajar tersebut. Rakan-rakannya di situ jelas malu dengan rekasi ‘perak’ tersebut sehingga ada yang menyuruh dia diam.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 757.8K views, 97.7K likes dan 1.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan keterujaan pelajar tersebut membeli-belah di Mr. Dollar.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: