Cover image via
@salynata (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tambahan lagi jika sedang bersiaran langsung. Memang kita boleh lihat kesungguhan mereka menyampaikan berita tersebut walau dalam apa keadaan cuaca sekali pun.
Ramai juga yang menyukai pekerjaan tersebut dan bercita-cita mahu menjadi salah seorang penyampai berita suatu hari nanti kerana minat mereka.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila suara dua orang gadis membuat liputan seperti wartawan semasa menunggu ibu mereka telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video @salynata, kelihatan seorang gadis dan seorang wanita sedang berada di dalam kereta sambil menunggu si ibu yang juga seorang nenek. Difahamkan, ia merupakan berdua adalah anak beranak.
Namun, disebabkan si ibu mengambil masa yang lama untuk bersiap, mereka berdua sempat membuat liputan khas seolah-olah seperti wartawan yang sedang menyampaikan berita untuk menunggu ketibaan si ibu.
Malah, gaya mereka berdua tak ubah seperti sedang menonton rancangan penyiasatan Malaysia, 999. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya si ibu keluar dan turut secara spontan melayan kerenah mereka.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji suara mereka yang dilihat boleh pergi jauh dalam bidang kewartawanan. Malah, ada juga yang terhibur melihat aksi spontan mereka berdua.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 200.6K views, 20.1K likes dan 739 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: