HomeEntertainmentSelamba Redah Banjir, Rupa-Rupanya Lelaki Ini Tengah Kayuh 'Basikal' Dalam Air. Wow!

Selamba Redah Banjir, Rupa-Rupanya Lelaki Ini Tengah Kayuh ‘Basikal’ Dalam Air. Wow!

Cover image via
@noon_120945 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perkara ini bukan saja terjadi dalam negara kita, malah negara jiran iaitu Thailand juga mengalami bencana yang sama. Sudah tentu, pergerakan setiap orang akan terbatas apabila kawasan itu banjir.

Namun, tular sebuah video di TikTok apabila seorang pemuda dilihat selamba redah banjir dengan begitu bersahaja telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang memakai life jacket berada di tengah-tengah air kerana kawasan rumahnya banjir.

Apa yang membuatkan netizen tercengang adalah apabila dia dilihat bergerak dengan pantas daripada suatu tempat ke tempat yang lain.

Dia kemudian menuju ke arah kamera, rupa-rupanya dia mengayuh basikal dalam air. Kegigihan dan kekuatannya telah mengagumkan ramai orang. Pelbagai reaksi juga dilontarkan oleh netizen.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 13M tontonan, 1.6M tanda suka dan 12K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan kagum dengan pemuda tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News