HomeEntertainmentSelain Shopping Mall, Ini Antara 7 Tempat Menarik Untuk 'Dating' Di Sekitar...

Selain Shopping Mall, Ini Antara 7 Tempat Menarik Untuk ‘Dating’ Di Sekitar Lembah Klang

Cover image via
Trip101
& Heart Patrick

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebenarnya tak salah, tapi shopping mall tak boleh banyak buat aktiviti menarik selain daripada shopping. Tambahan lagi jika korang selalu keluar dating dengan pasangan dan selalu sangat pergi shopping mall.

Korang tahu tak, banyak tempat yang menarik sebenarnya korang dan pasangan boleh kunjungi selain daripada shopping mall. Jadi, taklah asyik pergi ke tempat yang sama. Sekali sekala cuba explore tempat lain pula.

Jom kita lihat antara 7 tempat menarik korang dan pasangan boleh kunjungi di bawah:

1. TAPAK Urban Street Dining

Selain makan dalam shopping mall, apa kata korang tukar selera dengan bawa pasangan korang untuk makan di Tapak Urban Street Dining ini. Persekitarannya cukup chill dan sangat sesuai untuk korang dan pasangan luangkan masa bersama.

Di sini terdapat juga banyak food truck daripada pelbagai jenis makanan yang korang boleh pilih.

Lokasi: 2A, Persiaran Hampshire, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: Setiap hari (6 petang hingga 12 pagi)

2. Balai Seni Visual Negara

Balai Seni Visual Negara terletak di Kuala Lumpur dengan bangunan berbentuk piramid berwarna biru. Jika korang datang ke sini, korang akan dapat melihat lebih 4,000 hasil karya daripada karyawan tempatan.

Bukan itu saja, koleksi yang dipamerkan juga sangat menarik dan cantik untuk tatapan umum. Sangat sesuai untuk korang meluangkan masa berdua dengan melihat pelbagai kreativiti tempatan.

Lokasi: No. 2, Jalan Temerloh, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: Setiap hari (10pagi hingga 6 petang)

3. Pintasan Saloma

Walaupun ianya adalah sebuah jambatan, tetapi keunikan strukturnya telah membuatkan tempat ini menjadi tarikan ramai. Apa yang lebih menariknya adalah jambatan ini berlatarbelakangkan KLCC yang sangat cantik dan sesuai jika korang dan pasangan ingin bergambar.

Malah, jika korang datang pada waktu malam, jambatan ini akan dihiasi dengan lebih 4,000 LED warna-warni. Difahamkan lampu ini akan bertukar-tukar mengikut musim perayaan atau cuti.

Lokasi: Lorong Raja Muda Musa 3, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur.

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: Setiap hari (5 pagi hingga 1 pagi)

4. 99 Wonderland Park

99 Wonderland Park merupakan sebuah kawasan tasik yang sangat besar dan di dalamnya terdapat pelbagai aktiviti menarik korang dan pasangan boleh lakukan bersama.

Selain mempunyai mini zoo di dalam, korang juga boleh menaiki cruise tasik atau bermain e-boat. Namun, semua ini adalah aktiviti berbayar. Bunga api juga akan disediakan pada setiap hujung minggu. Memang sangat menarik untuk aktiviti seharian korang berdua!

Lokasi: Jalan 13a, Pusat Bandar Utara Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.

Harga tiket: Klik di sini untuk maklumat lanjut

Waktu operasi: Hari biasa (9.30 pagi hingga 11 malam), Hujung minggu (9.30 pagi hingga 12 malam), Isnin tutup.

5. Aquaria KLCC

Aquaria KLCC merupakan antara tempat tarikan yang banyak dikunjungi di Kuala Lumpur. Di sini korang akan dapat lihat banyak hidupan laut.

Korang juga boleh melihat banyak persembahan dan aktiviti yang boleh dilakukan bersama pasangan korang. Jadi apa tunggu lagi, jom rakam kenangan indah korang bersama si dia.

Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Harga tiket: Klik di sini untuk maklumat lanjut

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi hingga 8 malam)

6. Muzium Bank Negara dan Galeri Seni

Di Muzium Bank Negara ini korang akan dapat belajar lebih banyak perkara tentang ekonomi di Malaysia dan sejarahnya. Selain itu, banyak informasi tentang perbankan Islam yang dipaparkan.

Dalamnya terbahagi kepada 6 galeri iaitu galeri seni, galeri perbankan Islam, galeri numismatik, galeri kanak-kanak, galeri ekonomi dan galeri bank negara Malaysia. Jadi apa lagi? Jom pergi dengan si dia nanti.

Lokasi: Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur.

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi hingga 6 petang)

7. Taman Tasik Elmina

Taman ini menjadi tarikan orang ramai untuk datang kerana salah satu jambatannya yang sangat cantik untuk bergambar. Jika di Kuala Lumpur kita ada Pintasan Saloma, di Selangor pula kita ada Taman Tasik Elmina.

Ianya adalah sebuah kawasan baru dengan tempat rekreasi yang indah dan sesuai untuk seisi keluarga juga. Jika korang dan pasangan datang ke sini, korang wajib untuk bergambar di jambatan ikoniknya yang berwarna-warni.

Lokasi: Elmina Central Park, Seksyen U16, 40160, Selangor.

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: Tiada had masa yang ditetapkan

via GIPHY

More stories to read:

Must Read

Related News