HomeEntertainmentSejenis Pencinta Alam? 7 Hidden Gems Di Malaysia Ini Wajib Diterokai Untuk...

Sejenis Pencinta Alam? 7 Hidden Gems Di Malaysia Ini Wajib Diterokai Untuk Trip Lokal Anda

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menikmati keindahan alam semulajadi semestinya dapat menghilangkan penat dan stres dari beban kerja

Bagi anda yang merupakan pencinta alam dan suka meneroka tempat-tempat lokal menarik di Malaysia, pasti anda tidak merasa puas selagi belum menjejaki ke setiap hidden gems itu bukan?

Bukan saja pemandangan yang cantik, malah udara yang segar dan sejuk membuatkan kita lebih menghargai keindahan serta ciptaan Tuhan yang tiada tandingan keistimewaannya.

Jika anda bercadang untuk melawati hidden gems di sekitar Malaysia, di sini kami akan kongsikan beberapa tempat menarik yang mungkin anda belum sampai lagi selama ini. Bolehlah plan untuk pergi bersama kawan-kawan nanti.

Jom kita explore 7 hidden gems di Malaysia ini:

1. Royal Belum, Perak

Image via Wikipedia Bahasa Melayu

Hutan berusia 130 juta tahun yang terletak di Grik, Perak ini sangat sesuai jika anda bercadang untuk membuat family day. Anda boleh bermalam dengan selesa di atas houseboat. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan seperti karaoke, berakit di tasik Royal Belum dan juga hiking. Jika anda bernasib baik, anda akan jumpa bunga Rafflesia tau!

Image via Trip Jalan

2. Tasik Biru, Pahang

Image via Libur

Terletak di tepi laut dan dikelilingi oleh hutan hujan yang rimbun, Rompin adalah sebuah daerah di Pahang yang dipenuhi permata alam. Rancang adventure trip anda ke sini jika anda ingin menikmati pemandangan air terjun yang mengalir ke tasik yang indah dengan perairan biru jernih. Dikenali sebagai Tasik Biru, ia dipercayai mempunyai warna biru yang sangat cantik kerana reaksi kimia antara batu dan tanah. Wajib pergi tau!

Image via Kuantanloka

3. Mossy Forest, Cameron Highlands Pahang

Image via Lokalocal

Selain daripada terkenal dengan ladang teh dan strawberry, Cameron Highlands juga mempunyai salah satu lubuk hidden gems yang lain iaitu Mossy Forest. Sentiasa dipenuhi dengna kabus, Mossy Forest terletak pada ketinggian 2,032 meter dari permukaan laut dan mendapat tempat kelima dalam senarai Lonely Planet iaitu Most Instagrammable Forests In The World. Wow!

Image via Wanderluluu

4. Pulau Sembilan, Perak

Image via Orang Perak

Popular dengan fenomena ‘dreamy blue tears’, Pulau Sembilan adalah gugusan beberapa pulau di Perak yang hanya dapat diakses jika anda mendaftar untuk lawatan pakej tempatan. Pulau-pulau tersebut ditutup untuk umum buat masa ini setelah mengalami kerosakan akibat pelancongan yang berlebihan. Tetapi, mungkin ada pengumuman yang ia akan segera dibuka kembali, jadi pastikan untuk menambahkannya ke bucket list anda!

Image via Travel Guide Warehouse

5. Kundasang, Sabah

Image via Traveloka

Kundasang terkenal sebagai New Zealand atau Scotland of Borneo kerana pemandangannya yang sangat menakjubkan. Nikmati udara gunung yang segar dan terokai semua pelusuk bandar kecil ini. Antara tarikan popular di sini termasuk Taman Teh Sabah, Pasar Kundasang, dan Desa Dairy Farm. Terdapat banyak homestay yang unik dan selesa terletak di Kundasang, jadi pastikan anda bermalam di sini supaya anda tidak perlu terburu-buru dalam lawatan anda. Bestnya!

Image via Libur

6. Pulau Jerejak, Pulau Pinang

Image via The Smart Local

Hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit dari Jeti Pulau Pinang, Pulau Jerejak adalah sebuah pulau kecil yang terletak di pantai timur Pulau Pinang. Ia mempunyai banyak tempat foto yang Instagrammable termasuk tangga pelangi dan buaian romantis di tepi pantai! Jika ke sana, pastikan anda berjalan sehingga petang untuk menyaksikan sunset yang sangat cantik sebelum anda kembali ke George Town. Tak sabar nak OOTD!

Image via Libur

7. Kuala Gandah Elephant Sanctuary, Pahang

Image via Tourism Pahang

Memandangkan spesis gajah sudah semakin pupus dan mungkin sukar untuk berjumpa ia secara depan-depan, anda harus pergi ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary ini untuk merasai sendiri pengalaman memberikan mereka makan pisang serta mandi bersama haiwan tersebut di dalam sungai. Kanak-kanak pasti suka dapat berinteraksi dengan gajah jinak di sana serta melihat pelbagai pertunjukan menarik. Jom bawa anak-anak main dengan gajah!

Image via Traveloka

Tinggal tunggu pengumuman boleh rentas negeri je ni, lepas itu bolehlah kita pergi ke semua hidden gems di Malaysia ini. Yeay!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News