@adzrifsidek (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ramai yang telah disahkan positif Covid-19. Oleh sebab itu, macam-macam perkara terpaksa ditangguhkan kerana perlu kuarantin diri.
Situasi itu sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila sekumpulan rakan membawa gambar member mereka di majlis kahwin telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan remaja sedang berada di sebuah majlis perkahwinan rakan mereka.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah salah seorang daripada mereka dilihat membawa gambar kawanmereka yang dicetak dengan saiz seorang manusia.
Difahamkan, kawanmereka itu terpaksa dikuarantin dan tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan itu. Malah, dia juga meminta agar mahu turut berada dalam group photo rakan-rakannya yang lain.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat kegigihan mereka membawa human standee tersebut ke majlis kahwin.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 473.8K views, 76.3K likes dan 1,046 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


