HomeEntertainmentSebiji Macam Dalam Filem 'Annabelle', Ustaz Terpaksa Bakar Teddy Bear Punca Remaja...

Sebiji Macam Dalam Filem ‘Annabelle’, Ustaz Terpaksa Bakar Teddy Bear Punca Remaja Dirasuk

Cover image via
Muhammed NorHezri Baharudin (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perkara ini boleh berlaku daripada pelbagai aspek. Termasuklah daripada penyimpanan patung sebagai perhiasan di dalam rumah kerana ia boleh menjadi punca ‘gangguan’.

Tular baru-baru ini satu perkongsian di Facebook mengenai patung beruang yang didakwa mempunyai jin telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Menerusi posting tersebut, seorang perawat islam yang juga ustaz berkongsi pengalaman semasa dia merawat salah seorang pesakitnya yang dikatakan telah menerima gangguan dari sebuah patung beruang.

Malah, dia juga mendakwa patung berkenaan telah menyebabkan seorang gadis telah mengalami kerasukan.

“Saya membawa patung ini turun ke bawah, serta merta pesakit ini merayu, jangan apa-apakan dia. Itu tempat aku. Aku dah lama duduk disitu. Aku temankan dia. Aku kawan dengan dia”

“Dengan lantang saya berkata, berpindahlah kamu wahai makhluk Allah! Sebelum patung ini dimusnahkan!”

“Ruqyah terus dibacakan pada pesakit selama 20 minit dan dengan izin Allah pesakit sedar dalam keadaan yang lemah. Saya meminta izin pada pesakit dan keluarga untuk musnahkan patung ini dan mereka membenarkannya,” tulisnya.

Dia juga sempat memberikan nasihat agar tidak menyimpan patung sebagai perhiasan di dalam rumah serta berharap agar perkongsiannya dapat dijadikan iktibar buat semua orang.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberika reaksi mereka masing-masing selepas memnca perkongsian itu.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 512 likes, 128 comments dan 202 sahres di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:

You may be interested in:

Must Read

Related News