Cover image via
twimg.com
1. Berjumpa dan membuat kawan dengan kenalan baru
Anda pasti terkejut apabila anda mendapati berjumpa dan membuat kawan baru dapat membuka minda anda terhadap sesuatu perkara.
2. Menghargai perkara-perkara yang kecil di sekeliling anda
Pernahkah anda mendengar pepatah “stop and smell the roses”?
Walaupun ia hanya satu pepatah, anda patut luangkan masa dengan menghidu bunga yang harum atau mengagumi bagaimana seekor kucing boleh menceriakan hari anda dengan telatahnya.
3. Buat perkara baru seperti aktiviti yang anda tidak pernah cuba sebelum ini
Anda boleh mencuba perkara baru seperti mendaki bukit atau memanah dan macam-macam lagi aktiviti yang mampu menghilangkan stress.
4. Luangkan lebih masa melakukan aktiviti luar
Sama ada berbasikal sambil menikmati udara yang nyaman atau berkelah sambil melihat matahari terbenam.
5. Tulis tentang perkara yang membuat anda rasa bersyukur
Ia membantu anda untuk lebih menghargai hidup anda dan membuat anda rasa betapa beruntungnya anda jika dibandingkan dengan orang yang hidup lebih susah.
6. Hulurkan bantuan kepada orang yang lebih memerlukan
Walaupun ia hanyalah membantu seseorang melintas jalan, atau membantu dalam kerja-kerja kebajikan, anda pasti rasa satu perasaan yang menggembirakan. Random act of kindness memang mampu meningkatkan tahap kegembiraan dan kepuasan seseorang terhadap hidupnya.
7. Tutup mata dan ingat kembali memori yang menggembirakan anda
8. Jauhi perkara-perkara negatif seperti judge orang lain dan membandingkan diri anda dengan orang lain
Ia hanya akan menjadikan anda atau orang lain moral down.
9. Berhenti memikirkan apa orang lain fikir tentang anda
Buat apa saja yang buat anda happy. Kita memang tak mampu untuk puaskan hati semua pihak.
10. Menyanyi dan menari sesuka hati anda
Mengikut penyelidikan, menyanyi dan menari, otak anda akan mengeluarkan endorfin dimana ia akan membuat anda rasa gembira.
11. Jauhi media sosial untuk seketika
Terlalu banyak perkara negatif di media sosial seperti pembulian siber, rungutan di status facebook dan macam-macam lagi. Perkara-perkara negatif seperti ini boleh mempengaruhi mood anda.
Oleh sebab itu, anda perlu jauhi media sosial untuk seketika untuk menghapuskan sikap negatif yang mungkin ada di dalam fikiran anda.
12. Murahkan senyuman anda
Senyuman memberi impak yang sangat besar. Senyuman bukan sahaja boleh berjangkit, ia juga dapat membuatkan orang lain berasa gembira secara tidak sengaja.
13. Tarik nafas, kira 3 kali dan lepaskan, dan ulang sehingga hilang rasa marah
Perasaan marah boleh menjatuhkan mood anda. Jadi, cuba hilangkan rasa marah dengan teknik ini sehingga anda tak rasa nak marah dah.
14. Membuat senaman
Ia bukan sahaja dapat menyihatkan badan anda, ia juga dapat mengalih perhatian anda daripada masalah.
Mendapatkan tidur yang cukup amatlah penting supaya mood anda menjadi seimbang dan fikiran anda menjadi lebih fokus semasa menjalani rutin harian anda.
16. Kelilingi dengan kawan yang bersikap positif
Ia dapat menjauhkan diri anda daripada menjadi muram kerana jika anda dikelilingi rakan-rakan atau keluarga, anda takkan rasa keseorangan. Teman berbual membantu anda untuk rasa lebih rasa bahagia.
17. Cuba menjadi benda kreatif
Bukan sahaja membantu anda bertenang, tetapi hasil kreatif itu buat anda rasa puas hati dan gembira.
Seperti menjahit, origami, membuat rumah burung atau apa-apa saja.