Cover image via
@erniealwin (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dapat dinafikan, sudah pastinya pengalaman bersunat itu tidak dapat dilupakan sampai ke besar bagi setiap orang lelaki kerana terpaksa menahan sakit beberapa minggu.
Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video tular ini apabila seorang kanak-kanak perempuan turut menangis selepas abangnya bersunat telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @erniealwin, kelihatan kanak-kanak lelaki itu sedang baring sambil menangis kerana sakit baru lepas bersunat.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah apabila adik perempuannya turut menangis seolah-olah tidak sanggup melihat abangnya kesakitan sambil mengelap air mata si abang.
Bak kata ibunya, cubit peha kanan peha kiri pun terasa sekali. Ternyata, adik-beradik itu memang rapat dan sifat kasih sayang jelas terlihat apabila kanak-kanak perempuan itu dilihat tidak mahu berganjak daripada menjaga abang kesayangannya.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 1.2M views, 104K likes serta 3.7K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut memuji keakraban adik-beradik itu serta didikan yang bagus daripada ibu bapa mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: