Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seperti umum tahu, Halloween merupakan sambutan yang popular di negara-negara barat dan ia disambut pada 31 Oktober setiap tahun
Ia disambut oleh pelbagai golongan dengan bersolek dan memakai kostum yang menakutkan seperti pontianak, ahli sihir dan tengkorak. Malah, ada juga yang memakai kostum karakter kesukaan mereka.
Mereka kemudian akan keluar beramai-ramai dan berkunjung ke rumah jiran untuk mengumpul gula-gula. Namun sebagai negara Islam, Malaysia tidak mengamalkan untuk menyambut pesta ini.
Walau bagaimanapun, tular baru-baru ini di media sosial memaparkan sambutan Halloween yang diraikan secara besar-besaran di Riyadh Boulevard, Arab Saudi telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ramai terkejut dan tak sangka negara Islam sambut Halloween besar-besaran
Perayaan ini yang satu ketika dahulu diharamkan dan kini sudah dirayakan di Arab Saudi. Pelawat dibenarkan masuk ke Boulevard secara percuma dengan syarat mereka memakai pakaian yang menakutkan.
Tentu sekali, situasi ini mendapat perhatian umat Islam dari seluruh dunia kerana tidak menyangka perkara itu akan berlaku.
Menerusi IRSYAD AL-FATWA KE-91, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa menyambut perayaan Halloween adalah haram di sisi Islam. Hal ini kerana, berdasarkan kajian sejarah, didapati bahawa perayaan ini merupakan syiar bagi sebahagian penganut agama Kristian dan mereka menyambutnya demi memperingati roh-roh yang telah meninggal dunia.
Rasulullah SAW telah melarang kita dari menyerupai orang kafir. Sabda Baginda SAW dari hadis Ibn Umar R.Anhuma:
????? ??????? ??????? ??? ???? ???? ???? : ???? ????????? ???????? ?????? ????????
Maksudnya: Telah berkata Rasulullah SAW: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka mereka tergolong dalam golongan itu”. Riwayat Abu Daud (4031).
Lihat antara foto-foto lain di bawah:
Kbykn bangsa arab ini mmg dikenali dgn Arab Jahiliyah sblm Islam dtg. Kini, kejahilan demi kejahilan sdg melanda di Saudi.Andai Ulama ada menegur ttg ini, mereka akn dipenjarakan. Jd, kamu faham knp Syiekh Abdul Wahab benar? menentang perkara? dilarang sampai digelar Wahabi? pic.twitter.com/gBJCKbMeRB
— Zac (@ZacZakirin13) October 30, 2022
“What’s happening to our Saudi” – Warganet
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terkejut melihat pesta yang disambut meriah di Arab Saudi itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 880.5K views,14.4K likes dan 3,369 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di TikTok:
Image via @6ndp (TikTok)
Image via @6ndp (TikTok)
Image via @6ndp (TikTok)
Image via @6ndp (TikTok)
Image via @6ndp (TikTok)
Image via @6ndp (TikTok)
Semakin meriah pula disambut di negara Islam. Seram! 🙁
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik