HomeEntertainment"Salam Dari Binjai" - Abang Terlambat Ambil Balik Sekolah, Reaksi Adik Pula...

“Salam Dari Binjai” – Abang Terlambat Ambil Balik Sekolah, Reaksi Adik Pula Curi Tumpuan

Cover image via
@luqmanmha (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tambahan pula jika bersekolah pada sesi pagi dan kelas terakhir habis pada waktu tengah hari, mesti tak tahan dengan cuaca panas dan rasa lapar.

Bagi pelajar yang menaiki van atau bas sekolah, mereka perlu berhimpit dengan budak-budak lain dan kurang selesa berbanding mereka yang dijemput ahli keluarga. Seronok sikit dapat naik kereta sendiri, aircond pun ada.

Namun, lain pula dengan situasi yang berlaku kepada seorang pemuda ini apabila dia terlambat ambil adiknya balik dari sekolah.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dikongsi oleh @luqmanmha, kelihatan dia sedang menunggu adiknya yang sudah habis sekolah di dalam kereta.

Akan tetapi, disebabkan dia terlambat untuk mengambil adiknya itu, tak pasal-pasal dia dapat habuan yang tidak dijangka.

Adiknya merenung tajam dari jauh dan sebaik saja dia membuka pintu kereta, dia mencampakkan beg sekolah kepada abangnya kerana geram dibiarkan menunggu lama.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.9M tontonan, 217K tanda suka dan 3K perkongsian di TikTok.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan adik pemuda itu. Malah, ramai yang dapat relate dengan situasi tersebut kerana pernah terjadi kepada mereka juga dulu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News