@ainazamz (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hal ini kerana waktu itulah mereka dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama dan tetamu lain. Malah, ramai dapat menyaksikan seri kedua mempelai di hari indah itu.
Namun, lain pula yang jadi dalam video ini apabila seorang pengantin perempuan membuat hal di majlis sandingnya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @ainazamz, kelihatan pengantin lelaki itu duduk seorang diri di atas pelamin.
Manakala, pengantin perempuan pula dikatakan sibuk melayan tetamu iaitu kawan-kawannya sehingga terlupa si suami.
Apa yang menghiburkan adalah apabila salah seorang kawan kepada pengantin perempuan sengaja mengambil gambar dengan suaminya sebelum dia tersedar kerana sakan melayan tetamu.
“Pengantin sibuk layan member sampai tak sedar laki dah kena sailang,” tulis si perakam di kapsyen.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.4M views, 128.5K likes dan 670 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pengantin perempuan itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: