Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Namun, bagi mereka yang tidak begitu familiar dengan aplikasi tersebut, mungkin akan tersalah anggap tentang sesebuah video yang dibuat mungkin hanyalah konten semata-mata.
Begitulah yang terjadi dalam sebuah rakaman tular ini apabila seorang gadis tak pasal-pasal diceramah oleh ibunya gara-gara membuat parodi video kononnya dia nak berkahwin.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @puan.azwa, kelihatan dia sedang berada di dalam kereta bersama anak perempuannya itu.
Situasi menjadi lucu apabila si ibu mula membebel kepada anak gadisnya kerana ternampak video anaknya itu yang membuat parodi nak kahwin. Walaupun rakaman tersebut hanyalah lip sync, namun ia nampak seperti suaranya sendiri.
Malah, ibunya siap mengugut nak buat report kepada ayahnya. Gadis itu tergelak dan berkata kepada si ibu bahawa video itu hanyalah konten saja.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 173.3K tontonan, 13.8K tanda suka serta 145 perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat anak beranak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok: