Saja Buat Hal, Lelaki Ini Selamba Bagi Komen Dalam Buku Laporan Anak Buat Netizen Gelak

0
232
Cover image via @hadilatip (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ia juga bertujuan untuk memastikan anak-anak mendapat kesemua ilmu yang diajar dengan sempurna mengikut peringkat umur mereka.

Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video ini apabila seorang lelaki bertindak meninggalkan pelbagai komen lucu di dalam buku laporan anaknya telah membuatkan ramai terhibur.

Liat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @hadilatip, kelihatan lelaki itu sedang membaca aktiviti harian anaknya di sekolah yang ditulis oleh cikgunya di ruang catatan pengasuh.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila si ayah memberikan komennya sesuka hati dengan tujuan untuk bergurau di kolum ibu bapa.

Malah, ayatnya juga seolah-olah ingin membahan dan mengusik cikgu anaknya. Meskipun sudah ditegur oleh isterinya, dia tetap meneruskan komen tersebut.

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 983.7K views, 86.5K likes dan 2.7K shares di TikTok, para netizen turut terhibur dan memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: