HomeNEWSSaat bercumbu, 6 perkara ini terjadi kepada tubuh

Saat bercumbu, 6 perkara ini terjadi kepada tubuh

Keserasian dengan pasangan boleh dinilai melalui momen cumbuan sekaligus menyerlah mediasi kasih sayang antara keduanya. (Gambar Rawpixel)

Sesetengah orang merasakan momen bercumbu memberi kesan kepada dirinya dan sebahagian lain pula merasakan ia adalah sesuatu yang biasa sahaja. Namun, di sebaliknya banyak perkara terjadi kepada tubuh sewaktu bercumbu, yang mungkin belum kita ketahui.

“Bercium tertanam dalam sifat alami manusia dan secara efektif dapat membantu kita menilai keserasian dengan pasangan,” ujar pakar kesihatan Samantha Morrison dari Glacier Wellness.

Satu penyelidikan yang dilakukan oleh antropolog biologi, Helen Fisher pula mendapati bahawa ada ciri-ciri biologi tertentu yang boleh dinilai ketika bercumbu dengan pasangan.

Tubuh secara kimia dapat mengetahui tentang orang yang kita cium, apakah mereka adalah individu yang gemar mencari perkara baru, setia, tegas, atau lainnya, berdasarkan sistem kimiawi pada otak.

Morrison juga mengatakan bahawa bercumbu merupakan sebahagian dari mediasi kasih sayang dan ia menjaga ikatan abadi antara pasangan.

Cuba perhatikan apa yang terjadi kepada tubuh ketika bercumbu. Antaranya:

1. Menguatkan hubungan dengan pasangan

Hasil kajian yang dijalankan pada 2007 yang diterbitkan dalam jurnal Evolutionary Psychology menemukan, bercumbu memiliki tiga fungsi utama, iaitu menilai calon pasangan, memulai aktiviti seksual dan mengikat.

Menurut seksologi residen di CalExotics, Dr. Jill McDevitt, cumbuan atau ciuman yang penuh gairah dapat meningkatkan produksi oksitosin atau hormon cinta. Kondisi ini dapat menjuruskan pengikatan di antara pasangan.

Bercumbu dengan seseorang yang kita sayangi juga dapat meningkatkan dopamin, yang bertanggung jawab atas kemunculan hasrat dan serotonin, yang mungkin membuat kita memiliki pemikiran obsesif tentang pasangan.

2. Lebih tertarik dengan pasangan

Sedar atau tidak, semasa bercumbu, tubuh akan bereaksi terhadap zat kimia feromon pasangan dan mungkin akan membuat kita semakin tertarik pada pasangan.

Menurut Dr. McDevitt, ada teori mengatakan bahawa ketika hidung seseorang bersentuhan dengan pasangan, feromon akan lebih jelas. Pada waktu yang sama, tubuh juga dapat menolak ‘aroma’ pasangan dan menyebabkan kita merasa kurang tertarik kepadanya.

Kenyataan ini mungkin menjelaskan mengapa ciuman pertama dengan teman baru sering kali menjadi pengalaman yang “buruk”. Itulah cara tubuh memberi tahu kita bahawa ada ketidak serasian dalam gen seseorang yang tidak sesuai dengan kita.

3. Mengurangkan stres

Menurut Dr. McDevitt, salah satu manfaat kesihatan yang dirasakan seseorang dengan bercumbu ialah ia dapat menurunkan stres, terutama jika momen tersebut dinikmati dengan indahnya bersama pasangan.

Faktanya, sebuah penelitian tahun 2005 yang diterbitkan dalam Neuroendocrinology Letters menemui, bercium sememangnya memiliki peranan terhadap penurunan hormon stres pada tubuh manusia.

Hormon perasaan senang yang dilepaskan ketika bercumbu dengan pasangan dapat melawan hormon yang memunculkan perasaan sedih.

4. Meningkatkan kekebalan tubuh

Menurut Caleb Backe, ahli kesihatan untuk Maple Holistics, mulut manusia dipenuhi dengan begitu banyak bakteria. Para doktor juga sering menyebutnya sebagai ‘mikrobioma mulut manusia’.

Walau begitu, bercumbu disebut sebagai salah satu cara manusia berevolusi untuk memperkuatkan pertahanan tubuh dan meningkatkan sistem kekebalannya.

Menurut Backe, kelompok organisma mikroba yang tertukar dengan pasangan ketika bercumbu membantu memasukkan zat asing ke dalam tubuh, yang mendorong sistem kekebalan mengeluarkan antibodi baharu.

“Bercium selama sepuluh saat dapat memindahkan sebanyak 80 juta bakteria,” katanya.

Namun, jangan risau, puluhan juta bakteria tersebut adalah baik untuk tubuh.

5. Pupil mata membesar

Ketika tertarik kepada seseorang, anak mata akan membesar. Semasa bercumbu dengan seseorang yang membuat kita tertarik, perkara yang sama juga akan terjadi.

“Semakin tertarik dan terangsang, semakin besar pupil mata kita,” kata David Barbour dari Vivio Life Sciences.

Namun, ada juga yang mengalami peningkatan sensitiviti cahaya dan kekaburan penglihatan semasa bercumbu. Itu adalah dua perkara yang sering terjadi ketika pupil mata membesar.

6. Orgasma atau klimaks

Bercumbu adalah momen kemesraan bersama pasangan. Maka, tidak hairanlah jika aktiviti ini juga boleh menjadi sangat menggairahkan, bahkan boleh mengalami orgasma atau klimaks.

Menurut Carol Queen dari Good Vibrations, banyak orang beranggapan bahwa orgasma hanya terjadi kerana respon genital yang kuat. Sebenarnya tidak.

“Meskipun kebanyakan orgasma dihasilkan sebagai respons terhadap rangsangan genital, orgasma atau klimaks adalah respons neurologis yang terjadi di otak. Berciuman juga boleh merangsang secara neurologis dan erotik. Ianya disebabkan mulut dan lidah memiliki banyak saraf.

“Jika kita tertarik dengan seseorang dan dia mencium kita dengan cara yang kita sukai, maka orgasma boleh terjadi. Kerana itulah bercium boleh menjadi pendahulu aktiviti keintiman,” ujar Queen.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Must Read

Related News