PETALING JAYA: Pangsapuri atau kediaman kecil? Anda mesti letih kerana sering kehabisan ruang.
Kediaman kecil memerlukan anda meminimalkan jenis reka bentuk dan barang hiasan kerana ruang selalu menjadi masalah. Silap memilih barangan perhiasan, akan membuatkan kediaman anda nampak berserabut.
Anda mungkin fikir telah memaksimumkan setiap inci ruang di rumah anda tetapi bagaimana jika kami memberitahu bahawa anda masih boleh memaksimumkan ruang itu agar kelihatan lebih luas?
1. Bina rak pada dinding
Anda mempunyai koleksi buku yang banyak? Apa kata gunakan ruang kosong pada dinding sebagai rak. Bina rak dan susun buku-buku kesayangan anda dengan kemas dan cantik. Selain anda sendiri merasa tenang dan mudah untuk mencari buku yang ingin dibaca, tetamu juga pasti terpesona melihat kreativiti anda.
2. Pintu gelongsor
Menggantikan pintu biasa dengan pintu yang boleh ditarik (pintu gelongsor) pasti membuka ruang dan menawarkan sedikit keanggunan ke ruang kamar. Ia juga merupakan cara kreatif menyembunyikan ruang kecil agar nampak luas.
3. Almari pakaian tanpa pintu
Almari pakaian besar akan menggunakan banyak ruang. Oleh itu, anda boleh cuba almari tanpa pintu. Ubah sudut bilik menjadi seperti berada di butik, di mana anda boleh mempamerkan pakaian dan kasut dengan bangga.
4. Bilik tidur loteng
Mencipta katil loteng adalah tidak ketinggalan zaman dan ia mungkin akan bertahan selama beberapa dekad lagi kerana teknik penjimatan ruang yang bijak.
Banyak loteng dan pangsapuri studio di kota-kota besar seperti New York City dan Tokyo menggunakan tempat tidur loteng sebagai gaya hidup.
Artikel ini pernah muncul di PropSocial, sebuah laman web hartanah no. 1 Malaysia yang memberikan ulasan yang jujur langsung dari pengguna.
Ia juga pernah muncul di kaodim.com, salah satu platfom perkhidmatan tempatan yang sedang berkembang maju di Asia Tenggara. Kaodim menghubungkan pengguna kepada penyedia perkhidmatan tempatan persendirian dan profesional – dengan pantas dan bebas gangguan. Dengan aplikasi Kaodim, pengguna boleh mengakses kepada perkhidmatan profesional untuk pengubahsuaian rumah, pembersihan pejabat dan banyak lagi.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]