@halilhakim92 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Namun, ia akan menjadi satu masalah apabila pintu terkunci dan anak-anak boleh pula tertidur. Disebabkan ini, ada yang terpaksa memanggil pihak seperti bomba untuk datang menyelesaikan masalah.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang tekad memecahkan sendiri cermin kereta kerana anaknya terkunci di dalam kereta telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dikongsi oleh @halilhakim92, kelihatan seorang lelaki sedang memecahkan cermin keretanya.
Di dalam kereta tersebut mempunyai kanak-kanak yang merupakan anak kepada lelaki tersebut. Difahamkan, lelaki tersebut meninggalkan dan menyuruh anaknya itu mengunci pintu kerana dia ingin ke kedai.
Namun, anaknya itu boleh pula tertidur. Hal ini, membuatkan lelaki itu tanpa berfikir panjang memecahkan cermin kereta untuk mengeluarkan anaknya yang terkunci itu.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 33.7K tanda suka dan 933 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.
Malah, ada juga netizen yang memuji tindakan pantas lelaki tersebut meyelamatkan anaknya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


