Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Susulan itu, ramai yang berkongsi rakaman semasa keadaan di rumah mereka. Tidak kurang juga, ada yang sampai terkandas beberapa hari di jalan raya kerana tidak boleh bergerak ke mana-mana.
Namun, tular pula sebuah rakaman lucu memaparkan seorang lelaki sempat menjala ikan di atas jalan raya telah mengundang dekah ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama @drmegatms, kelihatan lelaki itu sedang menjala ikan di sebuah jalan raya yang ditenggelami air.
Apa yang mengejutkan adalah ternyata jala yang dilemparnya itu dipenuhi dengan ikan-ikan sebaik saja dia menariknya.
Perkara itu membuatkan si perakam video turut teruja lalu berjalan mendekatinya. Lebih melucukan lagi, dia sempat bergurau meminta sedikit ikan itu daripada lelaki berkenaan.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 3.5M views, 262K likes dan 23.2k shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: