Cover image via
Mark Zuckerberg (Facebook)
& Reuters
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Menurut Zuckerberg, pertukaran nama itu adalah disebabkan nama Facebook terlalu dikaitkan dengan satu produk. Dengan pertukaran nama berkenaan maka syarikat gergasi tersebut dapat membuka cabang baru dalam dunia komunikasi.
“Nama Facebook juga tidak mencerminkan syarikat kami secara keseluruhannya dan apa yang kami mahu capai,” katanya.
Tambahnya lagi, beliau sudah bercadang untuk menjenamakan semula syarikat itu sejak pembelian Instagram dan WhatsApp pada tahun 2012 dan 2014.
Maka melalui pengumuman ini, Mark Zuckerberg secara rasminya menjadi CEO Meta, dan tertubuhnya syarikat induk kepada platform media sosial besar termasuklah Facebook, Instagram, WhatsApp, Oculus dan sebagainya.
Pengasingan jenama antara syarikat dan laman sosial adalah perlu untuk tidak mengelirukan orang ramai lagi.
Dalam acara Facebook Connect, Mark Zuckerberg turut memperkenalkan ‘Metaverse’ dimana pengguna dapat berinteraksi antara satu sama lain melalui avatar secara maya.
Selain itu, Zuckerberg juga menceritakan bagaimana dunia Metaverse akan berfungsi melalui gabungan teknologi yang sudah mereka perkenalkan sebelum ini iaitu Facebook Horizon Workroom dan baru-baru ini Project Cambria.
“Metaverse bakal mengubah cara kita berinteraksi,” ujar Zuckerberg. Beliau turut berkata, dunia Metaverse ini juga akan menggantikan telefon pintar sebagai medium komunikasi kelak.
Ini juga secara tidak langsung memberi petanda awal cara kita berkomunikasi di masa hadapan seperti apa yang kita dapat saksikan dalam filem Ready Player One.