@pit_shafiq (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Iklan ini sangat popular kerana ia menggunakan suara latar berbisik dalam menyampaikan mesej promosi. Jadi, ramai yang suka mengajuk iklan ini sebagai hiburan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang mengiklankan ais kosong dengan mengajuk suara latar Yusuf Taiyoob telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @pit_shafiq, kelihatan dia sedang merakam sebuah video ais kosong yang nampak sangat mengiurkan.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia telah mengajuk suara latar iklan Yusuf Taiyoob sebagai tanda untuk mengusik netizen pada bulan puasa.
Skrip yang lelaki tersebut guna juga seakan-seakan sama seperti iklan Yusuf Taiyoob iaitu berbunyi “keenakkan ais kosong dari peti sejuk….ais kosong.”
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.3M views, 180.2K likes dan 21.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan iklan Yusuf Taiyoob versi ais kosong yang nampak sangat mengiurkan itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: