Inspiration Feed
& The healthy
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Rambut anda sering gugur? Rambut kelihatan kasar dan kusam? Rambut berminyak dan kulit kepala gatal? Ahh, stresnya!
Katakan tidak kepada rambut berminyak, rambut gugur, rambut kusut dan kasar. Rambut memainkan peranan yang penting kepada rupa paras seseorang.
Sebab itu kita perlu menjaga rambut supaya kelihatan sihat tak kira perempuan atau lelaki, bertudung atau tidak bertudung.
You ready? Jom ketahui rahsia penjagaan rambut yang sebenar. Hasilkan rambut yang cantik dan bersinar hanya dari rumah sahaja!
1. Penggunaan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda
Pertama sekali, anda perlu kenali jenis rambut anda. Setiap jenis rambut memerlukan syampu yang berbeza. Penggunaan syampu yang tidak mengandungi sulfate, sodium laureth sulfate dan paraben lebih baik untuk rambut.
Cara untuk membasuh rambut:
Basahkan rambut dengan air suam atau air sejuk Gunakan 1/4 syampu daripada saiz tapak tangan andaGosok dan urut kepala perlahan-lahan dan fokuskan di bahagian kulit kepalaBilas Jangan gunakan air yang terlalu panas kerana air panas akan merosakkan akar rambut. Gunakan suhu yang sesuai dengan kulit kepala.
2. Gunakan conditioner untuk hasilkan rambut yang halus
Perapi rambut membolehkan rambut anda kelihatan lurus dan bebas kusut. Tak perlu menggunakan dengan kuantiti yang banyak kerana ia berminyak.
Cara untuk memakai conditioner:
Gunakan 1/4 perapi daripada saiz tapak tangan andaLetakkan di bahagian hujung rambut Biarkan 2 hingga 3 minitBilas Jangan sesekali terkena kulit kepala kerana ia akan menyebabkan kulit kepala and makin berminyak.
3. Gunakan hair mask 2 kali seminggu
Hair mask berfungsi untuk melembutkan rambut dan mengurangkan rambut yang kusut. Bukan itu saja, ia juga dapat dapat mengurangkan kerosakan pada rambut. Selepas pakai hair mask, anda boleh cuba sisir rambut guna jari!
Cara untuk guna hair mask:
Sapukan hair mask di seluruh rambut Sapukan hair mask selepas syampu rambut dan sebelum conditioner
4. Hair serum atau minyak rambut boleh mengurangkan kusut
Penggunaan hair serum atau hair oil membantu rambut tampak kelihatan lebih terurus dan tidak kusut, terutamanya di bahagian bawah rambut. Bahagian bawah rambut selalunya bercabang bukan?
Cara untuk guna hair serum atau hair oil:
Titiskan 2 hingga 3 minyak rambut dan sapukan bahagian hujung rambut
Jangan terkena kulit kepala juga ya!
5. Penggunaan hair tonic untuk rambut yang lebih kuat
Penggunaan hair tonic ini untuk melebatkan lagi rambut. Sesiapa yang sering gugur rambutnya juga disarankan untuk memakai hair tonic supaya rambutnya lebih kuat dan kukuh. Say no more to rambut gugur!
Cara untuk guna hair tonic:
Gunakan selepas mengeringkan rambut menggunakan tuala Letakkan hair tonic pada kulit kepala mengikut garisan kepala Gosok dan urut kulit kepala dengan perlahan-lahan
6. Sikat rambut sebelum syampu untuk mengurangkan kerosakan rambut
Sikat rambut anda sebelum basuh supaya rambut anda lebih terurus dan tidak kusut apabila hendak disikat nanti. Untuk rambut yang kusut dan rosak, pastikan anda menyikat rambut semasa rambut anda basah.
Penggunaan sikat yang betul juga perlu dititikberatkan. Misalnya, sikat yang bergigi jarang sesuai digunakan untuk rambut yang beralun.
7. Jangan overheat rambut
Kebanyakan orang suka stylekan rambut, tetapi jangan lupa kurangkan tahap kepanasan peralatan rambut itu. Perkara ini disebabkan rambut akan menjadi rosak dan mudah putus akibat suhu yang terlalu panas. Begitu juga dengan blow dry rambut, tetapkan suhu yang paling rendah sahaja.
8. Amalkan cara ikat rambut yang betul
Jangan mengikat rambut terlalu ketat sehingga rambut tertarik. Lama-kelamaan, rambut anda akan jadi gugur dan rapuh. Pemilihan getah rambut yang berkain lembut juga merupakan salah satu langkah penjagaan rambut supaya rambut anda tidak rosak. Bahan pengikat seperti bahan logam akan menyebabkan rambut tersangkut.
9. Trim bahagian hujung rambut anda
Untuk mengelakkan hujung rambut lebih bercabang, lebih baik dipotong. Dengan cara ini, rambut anda kelihatan lebih sihat. Jika tak confident dengan pemotongan sendiri, anda boleh pergi ke salon rambut.
10. Tidur dengan kain bantal jenis silk
Berbantalkan kain jenis silk ini akan mengurangkan pergeseran rambut semasa tidur. Ini akan mengurangkan kemungkinan untuk rambut menjadi kusut dan rapuh selepas bangun daripada tidur.