HomeUncategorizedPulau Langkawi Kini Boleh Dikunjungi Para Pelancong, Ini Antara SOP Yang Anda...

Pulau Langkawi Kini Boleh Dikunjungi Para Pelancong, Ini Antara SOP Yang Anda Perlu Tahu

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara, Langkawi mulai 16 September ini

Gambar sekadar hiasan.
Image via Kosmo!

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata antara SOP berkenaan ialah destinasi itu boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara termasuk yang berada dalam Fasa Satu, Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Antara SOP ditetapkan adalah pembukaan ini terhad kepada pelancong domestik yang lengkap dua dos vaksinasi.

“Selain itu, tiada had umur ditetapkan untuk kemasukan ke Pulau Langkawi dan individu berumur bawah 18 tahun perlu bergerak bersama penjaga yang lengkap divaksinasi,” katanya.

Tambahnya lagi, perlindungan insuran dan saringan Covid-19 tidak diwajibkan kepada semua pelancong yang akan mengunjungi pulau itu.

Berikut adalah SOP yang perlu dipatuhi oleh para pengunjung yang ingin melacong ke Langkawi:

i. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi

ii. Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;

iii. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;

iv. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;

v. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguat kuasa agensi pematuhan SOP;

Gambar sekadar hiasan.
Image via Viator

vi. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gimnasium, lounge, dewan, MICE, acara pelancongan dan kebudayaan tertakluk kepada SOP am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP kementerian/ jabatan/ agensi yang berkaitan; aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, pengembaraan ekstrim/ taman semulajadi, ladang, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial; aktiviti pelancongan minat khas (golf, selam skuba, basikal, kapal layar dan sebagainya);

vii. Aktiviti Eko Geo-Kembara (memerhati watching, teroka gua, mendaki gunung, white water rafting, hiking, treking hutan, berkhemah dan sebagainya);

viii. Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;

x. Taman tema dan pusat hiburan keluarga; dan

xi. Lawatan bersifat akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Viator

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News