@zeemangos (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Gunalah apa cara sekali pun, lenanya masih tidak terusik. Selalunya situasi ini berlaku apabila seseorang itu penat sangat atau dia memang mempunyai tabiat tidur mati.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang budak tertidur dalam kereta yang berkunci telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @zeemangos, kelihatan seorang kanak-kanak sedang tidur di dalam sebuah kereta yang berkunci.
Ibu dan kakaknya yang berada di luar sudah puas mengetuk tingkap untuk mengejutkannya. Apa yang lebih menghiburkan, terdapat juga beberapa orang awam di situ turut membantu menggegarkan kereta namun lena kanak-kanak itu masih tidak terusik.
Difahamkan, dia ditinggalkan sebentar kerana ibu dan kakaknya itu pergi ke klinik. Pada akhir video tersebut, kanak-kanak itu sudah pun bangun tetapi dilihat masih mamai.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing tertidur dalam kereta.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 363.9K views, 37.1K likes dan 413 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: