@wansitisarah11 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Golongan ini sering kali meraih simpati daripada kita semua untuk menyumbangkan sedekah seikhlas hati.
Namun, ada juga segelintir daripada mereka yang berlakon semata-mata dan sebenarnya masih sihat untuk menjalankan kehidupan seperti manusia normal lain.
Tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan sepasang penjual tisu ‘kantoi’ menaiki sebuah kereta MPV telah mengundang tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dirakam oleh @wansitisarah11, kelihatan pasangan tersebut sedang menjual tisu di sebauh premis makanan yang tidak diketahui lokasinya.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila pergerakan mereka dilihat mencurigakan sehingga membuatkan si perakam ingin mengekori mereka menuju ke mana selepas meminta sedekah.
Ternyata, pasangan penjual tisu itu dijemput oleh sebuah kereta MPV di sebuah kawasan yang tidak jauh dari premis makanan tersebut.
Susulan tularnya rakaman berkenaan yang kini telah mencecah 2.6M tontonan, 171.6K tanda suka dan 27.5K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dan memberikan pandangan masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: