Wajib Baca
1. Tergesa-gesa balik dari office untuk balik rumah sediakan juadah berbuka puasa buat ahli keluarga
Selalunya yang akan mengalami situasi seperti ini adalah ibu-ibu bekerja di luar sana. Mana tidaknya, balik kerja mungkin jam 4:30-5:30 pm. Waktu itu, trafik sudah mula perlahan untuk pulang ke rumah.
Belum fikir lagi masa yang diambil untuk memasak dan menyediakan makanan buat keluarga. Walau begitu, ibu tidak pernah gagal untuk memastikan ada makanan terhidang di meja makan ketika waktu berbuka.
2. Sanggup singgah di Bazaar Ramadan untuk mendapatkan kuih kegemaran suami dan anak-anak
Bazar Ramadan sememangnya boleh dikatakan tempat yang wajib untuk dikunjungi oleh setiap orang. Bermula seawal jam 3pm pun sudah ramai yang berkunjung ke bazar untuk membeli juadah berbuka puasa.
Sama juga seperti ibu, mereka pasti akan berkunjung ke bazar ramadan terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah untuk mendapatkan pemanis mulut kesukaan anak-anak dan suami. Lihatlah betapa besar pengorbanan seorang ibu untuk memastikan keluarga dapat menjamu selera dengan gembira.
3. Masak, masak juga. Rumah pun tak pernah lupa untuk dikemas. Rajinnya ibu.
Tak kisahlah walau sepenat mana seorang ibu selepas pulang dari kerja, beli makanan, singgah ke bazar, memasak dan sebagainya. Mereka masih lagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri untuk memastikan rumah berada dalam keadaan yang bersih dan kemas. Mereka sanggup melakukan segala kerja rumah tanpa mengira penat, lapar dan dahaga di bulan puasa.
4. Lepas selesai berbuka puasa, siap sedia untuk terawih pula. Kadang-kadang langsung tak dapat pergi sebab ada anak kecil di rumah.
Ini perkara yang sering terjadi. Ibu selalunya akan memberikan peluang kepada anak-anak yang lain dan suami untuk menunaikan solat terawih. Manakala ibu akan mengambil tanggungjawab untuk menjaga anak yang masih kecil. Mereka juga hanya mampu untuk menunaikan solat terawih di rumah tanpa merungut kepada sesiapa. Mulianya hati seorang ibu.
5. Waktu sahur pula, dialah insan yang paling awal bangun untuk menyediakan makanan buat ahli keluarga
Ketika waktu sahur pula, ibulah yang akan bangun paling awal untuk menyediakan juadah untuk sahur bersama keluarga. Bukan setakat itu sahaja, ibu juga akan ketuk bilik setiap orang untuk kejut mereka bangun dan pastikan mereka sempat untuk bersahur. Kadang-kadang, mereka hanya sempat minum segelas air dan sebiji kurma sahaja.
6. Ibu adalah insan yang paling excited untuk berkumpul beramai-ramai berbuka puasa bersama ahli keluarga yang lain
Ketika bulan ramadan, pasti ada beberapa hari yang anda akan berbuka puasa bersama seluruh ahli keluarga. Memang susah untuk membuat perancangan awal, namun dengan adanya ibu, mereka akan membuatkan semua anak-anak dan cucu yang jauh sanggup datang dan berbuka puasa bersama. Dialah insan yang paling excited, telefon sana sini untuk pastikan mereka datang. Tiada seorang pun yang terlepas pandang untuk dijemput.