Pengantin Sedia Nak Nikah, Tapi Masih Gigih Siapkan Assignment Kena Submit Hari Sama

0
242
Cover image via
@fafffff3 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tambahan pula bagi pengantin lelaki yang perlu melafazkan akad nikah demi menghalalkan pasangannya.

Namun, lain pula dengan situasi pengantin perempuan ini apabila dia sempat menyiapkan assignmentnya di hari pernikahan telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fafffff3

Sebaik groupmate memahami, bagi keja senang ja

space song –

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fafffff3, kelihatan pengantin itu sedang berada di dalam biliknya sambil fokus menaip sesuatu di laptop.

Rupa-rupanya, dia yang akan bernikah pada hari tersebut perlu menghantar assignmentnya pada masa yang sama atas permintaan pensyarah.

Dia yang dilihat sudah lengkap berpakaian dress putih dilihat hanya tergelak kecil semasa kawannya merakam dirinya.

“Nasib baik groupmate memahami, bagi kerja senang ja,” katanya.

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 668.1K tontonan, 54.1K tanda suka serta 927 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut memuji pengantin itu yang masih gigih memikirkan assignment di hari bahagianya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripda netizen di TikTok:

You may be interested in: