HomeEntertainmentPengantin Lelaki Menangis Masa Akad Nikah Ini Undang Sebak, Ayah Mentua Siap...

Pengantin Lelaki Menangis Masa Akad Nikah Ini Undang Sebak, Ayah Mentua Siap Tolong Pujuk

Cover image via
@dianasruddin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Suasana sebak akan menyelubungi ruang akad nikah kerana masing-masing tidak menyangka hubungan yang banyak dugaannya sebelum ini akhirnya berjaya dibina sebagai masjid.

Malah, ada sesetengah pengantin lelaki terlalu sebak sehingga tidak dapat menahan air mata ketika itu kerana sedar akan menggalas tanggungjawab yang besar dan menggantikan tempat ayah kepada isteri.

Sama seperti sebuah video yang tular ini apabila seorang pengantin lelaki menangis semasa membaca lafaz taklik telah mengundang sebak ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@dianasruddin

Reply to @ftnazhn ayah i yang tolong pujuk

original sound – dianasruddin

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dianasruddin, kelihatan suaminya itu sedang membaca lafaz taklik semasa upacara akad nikah mereka berlangsung di sebuah masjid.

Namun, apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila suaminya dilihat menitiskan air mata ketika meneliti isi kandungan dalam lafaz taklik tersebut.

Mungkin sedar akan tanggungjawab yang bakal digalas, dia tidak mampu menahan sebak. Malah, ayah pengantin perempuan juga dilihat sangat tenang sambil memujuk menantunya itu supaya dapat mengurangkan perasaan sedihnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.5M tontonan, 123.1K tanda suka dan 4K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut merasa sebak selepas melihat pengantin lelaki itu menangis.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News