HomeNEWSPenceramah ditahan reman semula, 6 aduan jenayah seksual, termasuk liwat

Penceramah ditahan reman semula, 6 aduan jenayah seksual, termasuk liwat

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata pendakwah ‘selebriti’ itu ditahan semula berhubung 6 aduan mangsa berhubung jenayah seksual.

KUALA LUMPUR: Polis menahan semula seorang penceramah selebriti televisyen berhubung siasatan enam kes jenayah seksual termasuk rogol, liwat dan mencabul kehormatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Huzir Mohamed berkata enam aduan di terima daripada mangsa terhadap penceramah itu setakat 30 Okt lalu.

“Kebanyakan laporan polis berkenaan adalah kes-kes baharu. Tidak kira sama ada kes baharu atau lama, saya menggesa mangsa untuk tampil membuat laporan,” Huzir memberitahu pemberita.

Huzir berkata polis sudah memulakan siasatan bawah Sekysen 377C Kanun Keseksaan bersabit dakwaan liwat, Seksyen 376 atas dakwaan rogol, dan Seksyen 354 berhubung dakwaan mencabul kehormatan.

Suspek dilaporan sebagai bekas peserta program realiti pendakwah.

Minggu lalu, polis memperolehi perintah reman lima hari terhadap penceramah bebas itu susulan dakwaan kes rogol tahun lalu.

Beliau ditahan sehari selepas seorang wanita membuat laporan polis mendakwa beliau menaiki kereta BMW penceramah itu untuk membincang masalah kemurungannya pada 11 Sept 2019.

Mangsa mendakwa dibawa bersarapan di Shah Alam sebelum di bawa penceramah berkenaan ke rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam dengan alasan untuk memberikan penerangan bagaimana boleh keluar daripada penyakit kemurungan.

Semasa di rumah itu, mangsa dikatakan telah dirogol.

Must Read

Related News