HomeEntertainment"Penat Masak" - Isteri Kecewa Suami Tak Jamah Bekal, Pilih Makan Mi...

“Penat Masak” – Isteri Kecewa Suami Tak Jamah Bekal, Pilih Makan Mi Segera Pula

Cover image via
@nia.dalirin97 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Walaupun masakan itu simple, sebagai suami perlulah bersyukur dan menghargai penat lelah si isteri. Perkara ini disebabkan memasak bukan suatu perkara yang mudah, perlu menyiapkan bahan, mengemas dapur dan sebagainya.

Namun, baru-baru ini tular video di TikTok apabila seorang isteri dilihat kecewa kerana suaminya tidak menjamah makanan yang dimasak telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nia.dalirin97

Katanya tak sempat makan. Atleast basuh la bekas tu walaupun tak makan. Aku pun tau penat. #esekeli

tetap dalam jiwa sayang – ruangsendu

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang membuka bekal yang berisi makanan di meja dapur.

Dia kelihatan menuju ke arah tong sampah untuk membuang makanan tersebut kerana tidak dijamah oleh suaminya. Suaminya malah memilih untuk makan mi segera berbanding makanan yang telah dimasaknya.

Sudah tentu, dia merasa kecewa. “Aku gigih masak buatkan bekal, sikit pun tak makan. Yang dipilih Maggie” katanya.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.3M tontonan, 123K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read:

Must Read

Related News