Pemuda Semangat Bawa Kek Birthday, Sekali Lain Yang Jadi Lepas Kena ‘Kacau’ Dengan Kucing

0
211
Cover image via
@faisal.suhaimi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Namun, nasib malang telah menimpa seorang pemuda ini apabila misi kejutan hari jadi buat adiknya gagal gara-gara dikacau oleh seekor kucing.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @faisal.suhaimi, kelihatan pemuda itu sedang membawa sebiji kek hari jadi. Dipercayai, dia ingin membuat kejutan untuk adiknya.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila tiba-tiba muncul seekor kucing dari tepi dan mencakar kakinya.

Akibat terkejut, pemuda itu pantas menendang si kucing dan tergolek jatuh ke belakang. Namun begitu, dia dilihat masih sempat menyelamatkan kek hari jadi itu yang sudah nampak sedikit buruk.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 417.2K tontonan, 54K tanda suka serta 334 perkongsian di TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi pemuda itu yang gigih nak selamatkan kek hari jadi adiknya walaupun sudah jatuh tergolek.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: