Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, ramai bertungkus-lumus dan mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa masing-masing tidak kira bangsa dan agama.
Sama juga seperti sebuah video ini yang memaparkan pemandu treler membawa ramai penunggang motosikal yang terkandas di Shah Alam mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi perkongsian video daripada @safifkhun, kelihatan treler yang membawa kenderaan itu menyusuri laluan bawah jambatan di Shah Alam yang sudah ditenggelami air.
Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila ramai penunggang motosikal dilihat berada di belakang treler itu bersama motor-motor mereka sambil melambai ke arah kamera.
Rupa-rupanya, mereka menumpang treler kerana tidak dapat meneruskan perjalanan dalam keadaan banjir. Ternyata, pemandu treler yang baik hati itu telah menerima pujian daripada para netizen.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 348.9K views, 47.7K likes dan 2K shares di TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat rider-rider motor atas treler itu. Malah, ramai yang mendoakan semoga kebaikan driver treler tersebut dibalas dengan beribu-ribu kebaikan.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: