HomeEntertainment"Pantang Betul" - Gelagat Bayi Senyum Setiap Kali Nampak Cermin Ini Buat...

“Pantang Betul” – Gelagat Bayi Senyum Setiap Kali Nampak Cermin Ini Buat Ramai Geram

Cover image via @fzisml (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Iyalah, macam-macam perangai budak yang ‘panjang akal’ sehingga membuatkan kita rasa geram dengan mereka. Gelagat budak kecil memang tidak dinafikan sangat comel.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang bayi dilihat asyik tersenyum depan cermin telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fzisml

Sapa ank dia mcmni, pantang tgk cermin? #fyp #fyp #foryourpage

Hujan Dimalam Minggu Remix –

Menerusi video berkenaan, kelihatan sepasang suami isteri dan bayi mereka sedang berjalan-jalan di sebuah kedai pakaian.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila bayi yang didukung ayahnya itu dilihat asyik tersenyum apabila jumpa cermin. Dia juga kelihatan sangat seronok sambil seolah-olah ingin berjoget depan cermin.

“Siapa anak dia macam ni, pantang tengok cermin“, kapsyen video.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.2M tontonan, 303K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat bayi yang comel itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via SAYS Seismik

You may be interested in:

Must Read

Related News