Cover image via
@epoi_silver (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Terutamanya kalau haiwan itu kelihatan liar, seperti anjing. Bak kata orang, kalau jumpa anjing jangan sesekali lari kerana ia akan mengejar anda.
Namun begitu, baru-baru ini tular baru-baru ini di TikTok apabila sekumpulan remaja dikejar anjing di kawasan ternakan ikan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan remaja lelaki sedang berjalan di kawasan ternakan ikan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang daripadanya dilihat berlari dengan sengaja untuk kenakan kawan-kawannya.
Lebih melucukan lagi apabila sekumpulan anjing itu mengejar semua orang yang berada di kawasan itu. Mereka dilihat berlari lintang-pukang sehingga menaiki bot.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih 1.2M tontonan, 115K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat sekumpulan lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: