@denhsx (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Antara hadiah yang biasa diterima pasangan pengantin adalah seperti barangan dapur, set cadar dan barang keperluan rumah yang lain.
Namun, tular baru-baru ini di TikTok apabila pasangan pengantin menerima hadiah rare daripada rakan mereka telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang menghadiri majlis perkahwinan rakannya sambil membawa buah tangan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia membawa seekor kambing untuk diberikan kepada pasangan pengantin. Ramai yang teruja dengan tindakan pemuda itu yang membawa hadiah di luar jangkaan.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 621K tontonan, 65K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


