@aten_chewq77 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Apabila loceng terakhir berbunyi pasti ramai yang tak sabar nak balik bukan? Namun, setiap sekolah ada peraturannya yang tersendiri. Sebagai contoh, ada yang perlu beratur dahulu sebelum pulang.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang murid mendapat padah akibat memotong barisan semasa sedang beratur telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aten_chewq77, kelihatan murid-murid di sebuah sekolah rendah sedang beratur untuk pulang.
Oleh kerana nak cepat, salah seorang murid di situ bertindak untuk memotong barisan. Namun, perbuatannya itu telah ditangkap oleh salah seorang guru. Dia pun disuruh kembali beratur.
Apa yang melucukan adalah apabila murid tersebut boleh pula tiba-tiba jatuh tergolek di depan orang ramai.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat murid itu jatuh tergolek selepas kena marah.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 679.9K views, 75.3K likes dan 783 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: