@4ksaiii (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ada yang menari, menyanyi, lip sync dan karaoke. Namun, kadangkala terjadi juga situasi lucu apabila sesuatu challenge itu tidak menjadi.
Seperti contoh, sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki mencuba untuk sebut ‘kicap cuka’ laju-laju telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @4ksaiii, kelihatan lelaki itu sedang cuba untuk menyahut cabaran menyebut perkataan kicap dan cuka dalam nada yang laju.
Namun, apa yang melucukan adalah apabila dia tidak dapat menyebut kedua-dua perkataan itu dengan betul sebaik saja memulakan rakaman.
Dia malah menyebut ‘kicap kuceka’ dan telah membuatkan ramai ketawa melihatnya kerana baru permulaan video, dia sudah gagal.
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.1M tontonan, 102.6K tanda suka dan 2.7K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:



