Cover image via
@badrolsulaiman (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bukan apa, ada kalanya perangai mereka memang tidak dapat dijangka dan tidak akan pernah terfikir mereka akan lakukan sedemikian. Bagi mereka yang sudah berkahwin, anda pasti pernah mengalaminya betul tak?
Samalah seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang suami terkejut melihat aksi isterinya yang memakai tudung sambil menggosoknya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi situasi mengejutkan ketika dia bersama dengan isterinya di rumah.
Difahamkan mereka berdua ingin keluar ke tempat yang tidak diketahui. Dia kemudian terkejut apabila melihat si isteri dengan selambanya menggosok tudung yang sedang dipakainya.
Situasi itu membuatkan si suami menyifatkan isterinya itu seorang yang ‘pelik’ kerana sanggup melakukan perkara sebegitu.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat aksi isterinya itu. Malah, ramai kaum wanita yang memberikan pandangan mereka mengenai hal tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 450.5K views, 30.7K likes dan 2,222 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: