@jinsu65 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Walaupun sudah dikupas, isinya juga sebenarnya mempunyai sifat tajam bahaya untuk dimakan dalam kuantiti yang banyak.
Namun, lain pula yang berlaku dalam sebuah video ini apabila gelagat seorang gadis memberanikan diri untuk memakan nanas tanpa mengupas kulit telah mengundang tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @jinsu65, kelihatan gadis tersebut bercakap dalam bahasa Thailand sambil menunjukkan sebiji nanas di tangannya.
Tidak lama kemudian, dia dilihat selamba mencicah nanas itu ke dalam semangkuk sos tanpa mengupas kulitnya terlebih dahulu.
Selepas itu, dia terus menggigit nanas itu tanpa rasa ragu-ragu dan mengunyahnya. Ternyata, aksi beraninya itu telah mendapat perhatian netizen dari negara luar.
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 6.2M views, 274K likes dan 12.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut ngeri melihat gadis berkenaan menggigit nanas yang tajam itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: