Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ramai yang terkandas di merata tempat dan tidak dapat berjumpa dengan keluarga tersayang kerana berhadapan kesukaran untuk berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain.
Tidak terkecuali dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki sanggup meredah banjir selama 20 kilometer untuk mencari isterinya telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dikongsi oleh @gadislesungbatu, kelihatan dia terkandas di sebuah perhentian bas di TTDI akibat banjir.
Dalam keadaan seorang diri dan telefon sudah habis bateri, wanita itu berkata dia sangat stres sehingga menangis. Iyalah, siapa yang tak serabut bila berada dalam kesukaran seorang diri bukan?
Namun, di saat dia sedang menangis tiba-tiba muncul kelibat seorang lelaki datang kepadanya. Rupa-rupanya, itu adalah suaminya yang berjalan kaki meredah banjir dari Seksyen 11, Shah Alam ke TTDI demi mencari isteri tercinta.
Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 1M tontonan, 99.8K tanda suka dan 2.8K perkongsian di Tiktok, rata-rata netizen turut merasa sebak melihat betapa besarnya pengorbanan suami wanita tersebut.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: