Setiap pemilik kenderaan mempunyai ragam masing-masing yang kadangkala boleh menimbulkan kemarahan orang ramai
Terutamanya apabila ia melibatkan parking dan menghalang kenderaan lain untuk lalu di jalan utama, siapa je yang tak marah bila lihat situasi berkenaan bukan?
Sama juga seperti video tular di Twitter baru-baru ini apabila sikap sesetengah pemandu yang dikatakan selfish dan suka parking memakan jalan utama sehingga menghalang bas RapidKL untuk lalu.
Kejadian tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana mengganggu lalu lintas.
Lihat video penuh berkenaan di bawah:
Hari2 bas rapid kena gaduh dengan orang parking kat sini pic.twitter.com/qW4JvfMYmd
— Hello sayang tengah buat apa (@horrishit) February 28, 2021
Ramai puas hati bila tengok kereta parking tepi jalan ‘digores’ bas
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pengguna bernama @horrishit di Twitter, dia berkongsi video daripada TikTok @haery_dean di mana ia memaparkan sebuah bas RapidKL yang tidak boleh lalu akibat dihalang oleh kenderaan yang parking di tepi jalan.
Sikap pemilik kenderaan yang pentingkan diri sendiri dengan meletakkan kereta mereka di tepi jalan sehingga menjadikan laluan utama sempit telah membuatkan ramai naik angin.
Beberapa orang awam yang berada di situ cuba untuk mengalihkan salah satu kereta namun tidak berjaya dan akhirnya bas tersebut terpaksa menghimpit kereta-kereta yang ada di tepi jalan berkenaan.Â
“Saman tak jalan, kita gores dan menang je” – Netizen
Susulan tularnya ciapan tersebut yang sehingga kini meraih 129.2K views, 3.4K retweets dan 3.8K likes di Twitter, rata-rata netizen turut meluahkan rasa puas hati melihat kereta-kereta itu dihimpit.
Hal ini kerana sikap mereka sesuka hati melanggar peraturan jalan serta menyusahkan pengguna jalan raya yang lain hanya boleh diajar dengan cara sebegitu.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Orang camni memang palat extra bodoh takde discount. Jenis2 park cam gampang, block jalan, double park, no telefon tak tinggal. Jenis2 menyusahkan pengguna lain. Bodo piang common sense dalam toilet. Elok dahi tu kena baling dengan spanar 24*emo aku pagi2
— mon (@azie_mar) March 1, 2021
Kat depan aprt lumayan Area tasik seri permaisuri macam ni la.. Org senang2 parking cm tu bas nak lalu pun tk boleh.. Ada kala tgok cermin keta patah la tercabut la. Hahahha… Tk serik2.
— @Prince Rayyan Firdaus (@MarcellusRayyan) February 28, 2021
M’sian is such an insensitive mother parker.. Double park satu hal.. jlan kecik pon diorg park mcm tuu This must not be a one time event. Kalau drive kete pon confirm aku gelabah nak lalu jln mcm tuu..
— Lavender (@Lavender010101) March 1, 2021
Lokasi berlaku di kawasan Taman Tasik Permaisuri. Banyak *KEMUNGKINAN* dekat sini.1. Tempat letak kereta yang terhad (bagi penduduk Apartment & Kondo Lumayan) & Wisma Zelan2. Tiada pemeriksaan/notis oleh DBKL3. JMB yang berkenaan tidak cakna dengan kawasan sekeliling
— (@nnnniiissshhhh) March 1, 2021
Gores dan menang pic.twitter.com/Iornujq7rI
— Maestro of Zanyism (@xanexenxein) February 28, 2021
Yup , org yg letak kereta kt tgh2 jln mcm ni sampai halang bas lalu adalah bodosial , menjahanamkan hak-hak jalan , takde adab di atas jalan
— Farreddie (@BudakBumBesar) February 28, 2021
dah berzaman dorang parking mcmni. dari tkde divider tengah tu sampai dorang buat divider, masih jugak parking mcm anak haram orang kayaa tapi tkde otak. aku rasa pernah kena saman sekali je. itu yang anak babi ni semua tk serik.
— * * (@dxisybloom) March 1, 2021
Mungkin DBKL boleh tarik kereta nih. Saman kadang tu, orang tak paham. Bila datang tengok kereta takde. Kena bayar RM1000 untuk ambik kereta. Baru ingat lah.
— Jirim Radikal Gelap (@izone311) March 1, 2021
@faaamir_ ni lah sebab bas selalu hon depan rumah. Dorang nak duduk condo tapi parking kereta dekat luar. Noob. Beli lah parking kalau dah kaya sgt
— Born To Die (@MhdKhalid_) March 1, 2021
memang hari2 bas tak lepas. start jadi bila diorg start buat divider kat tgh tu, sblm ni tak penah ade isu bas sangkut.lokasi : depan suasana lumayan, taman tasik permaisuri, bandar tun razak
— delang | #stayAtHome (@delangj) March 1, 2021
Tak pasal-pasal je kereta calar. Lain kali please have a common sense ya!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!